Wednesday, December 12, 2012

Kurma ayam ! :)

Bahan-bahan untuk kurma ayam:

Ayam- 1/2 ekor
Bawang merah kecik- 10 biji
Bawang putih- 8 ulas
Halia- 1/2 inci 
Minyak masak- 2 senduk
Buah pelaga- 4 biji
Kulit kayu manis- 1 batang
Serbuk rempah kurma- 2 sudu (dibancuh dengan air)
Serai- 2 batang (diketuk ketuk)
Santan- 1/2 kotak kecik
Asam keping- 1 keping
Gula- 1sudu
Garam- 1 teaspoon
Ajinamoto- 1 teaspoon
Bawang besar kuning- 1 biji (potong epal)

Cara-cara:
1. Blendkan bawang merah kecik + bawang putih + halia.
2. Panaskan kuali . Masukkan 2 senduk minyak masak . 
3. Masukkan buah pelaga + kulit kayu manis + bahan2 yang diblend tadi .
4. Then, masukkan serbuk rempah kurma yang telah dibancuh dengan air tadi.
5. Kemudian, masukkan ayam dan serai. Godek godek godek.
6. Masukkan pula santan + asam keping + garam + gula + ajinamoto .
7. Tunggu ayam masak sikit . Finally, masukkan bawang besar kuning dan tunggu hingga masak .
8. Tutup api dan sesuai untuk dihidang :)





Good Luck !